Amerika dalang pemusnah dunia.......
11.12.2011: NGO Barat cuba kuasai proses pilihan raya,
APA agaknya reaksi penduduk Amerika Syarikat jika mendapati pusat pengundian dan parti politik tertentu keseluruhannya dipengaruhi wang pemerhati dan calon disokong China yang mempromosikan kepentingan negara itu dalam proses pemilihan Presiden?
Pasti banyak jawapan diterima. Mungkin ada orang akan dipenjarakan seumur hidup atau dihukum mati atas dakwaan mengkhianati negara. Malah perang antara kedua-dua negara juga mungkin berlaku.
Cubaan menggulingkan pemimpin negara asing atau masuk campur dalam pilihan raya adalah tindakan biasa dilakukan kerajaan Amerika menerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) selama berdekad-dekad di seluruh dunia. Malah, kebangkitan dunia Arab dilaporkan turut didalangi pelbagai rangkaian NGO yang disokong Barat.
Akhbar New York Times dalam rencana bertajuk ‘Pergerakan Amerika Membantu Memupuk Kebangkitan Arab’ jelas menyatakan beberapa kumpulan dan individu secara langsung terbabit dalam kebangkitan dan pembaharuan yang melanda rantau itu termasuk Pergerakan Belia 6 April di Mesir, Pusat Hak Asasi Manusia Bahrain dan aktivis akar umbi seperti Entsar Qadhi, pemimpin belia di Yaman, menerima latihan dan dana daripada kumpulan seperti Institut Republikan Antarabangsa, Institut Demokratik Kebangsaan dan Dewan Kebebasan, pertubuhan hak asasi manusia tidak berasaskan keuntungan beribu pejabat di Washington.
Ia juga menunjukkan kedua-dua institut itu mempunyai hubungan dengan parti Republikan dan Demokratik. Ia dicetuskan Kongres dan dibiaya menerusi Pembiayaan Kebangsaan bagi Demokrasi, yang ditubuhkan pada tahun 1983 untuk menyalurkan geran bertujuan mempromosikan de-mokrasi di negara membangun.
Ia menerima AS$100 juta (RM314 juta) setahun daripada Kongres. Dewan Kebebasan turut menerima sejumlah wang daripada ke-rajaan Amerika, kebanyakannya daripada Jabatan Negara.
NGO sama juga memainkan peranannya di Myanmar, menghalang pembinaan empangan mega baru un-tuk memulakan pembangunan di kawasan pedalaman negara itu dan menyediakan bekalan elektrik bagi penggunaan eksport dan domestik, serta membantu mengairi tanah pertanian.
"Ada bukti NGO ini cuba mengkucar-kacirkan kerajaan Malaysia dan mengembalikan kuasa kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."
Di negara jiran Russia dan juga sekutunya, Belarus, NGO yang dibiayai Amerika cuba memulakan ‘Kebangkitan Belarus’ untuk menumbangkan pemimpin negara itu, Alexander Lukashenko, yang membantah keras kehadiran tentera NATO di sempadannya dan Russia. Kini, Russia sendiri sudah membongkar plot NGO yang cuba campur tangan dalam institusi politik negara itu, dalam cubaan menggulingkan dan menggantikan pemimpinnya.
Ini bukan kali pertama Russia berdepan dengan campur tangan luar. Selepas kejatuhan Soviet Union, ada usaha di kalangan rakyat asing memulakan usaha mencipta undang-undang sendiri di sebalik kekacauan itu.
Individu yang menerajuinya ialah hartawan Mikhail Khodorkovsky yang menjadi penaung Yayasan Russia Terbuka malah memiliki pakar kewangan korporat seperti Jacob Rothschild dan Henry Kissinger mempengerusikan lembaga pengarahnya. - AFP
12.12.2011 KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beberapa pemimpin dalam parti pembangkang dan Majlis Peguam bersekongkol dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tajaan Amerika Syarikat (AS) yang dikuasai rejim Yahudi untuk mengguling dan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Sambil menyifatkan AS dikuasai sepenuhnya golongan Yahudi menerusi media, Hollywood dan sumber kewangan, beliau berkata, menjadi hasrat kuasa besar itu untuk mengadakan perubahan rejim bagi semua kerajaan yang tidak memihak kepada mereka.
“Bila lihat ada negara yang tidak bersetuju dan menentang, termasuk Malaysia, mereka hendak membuat perubahan rejim di negara ini. Mereka tubuh satu badan dan dibekalkan dengan wang untuk disogokkan kepada pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.
“Saya nak bagi nama, saya tidak tahu tetapi ada anggota pembangkang dan dalam Majlis Peguam yang terbabit,” katanya pada sidang media selepas majlis Bicara Negarawan di sini semalam.
Beliau diminta mengulas laporan AFP semalam bahawa ada bukti NGO tajaan AS cuba mengkucar-kacirkan Kerajaan Malaysia dan mengembalikan kuasa kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dr Mahathir yakin dengan bukti yang kukuh, kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung gerakan itu.
“Tanpa bukti kukuh, kita tidak boleh bertindak sebarangan dan tidak boleh guna kuasa untuk menangkap orang, kena ada bukti yang jelas dan saya yakin kerajaan akan mengambil tindakan,” katanya.
Terdahulu, menjawab soalan pada sesi dialog mengenai kebimbangan berlaku penjajahan zaman moden oleh gerakan Yahudi dan peranan Institut Kajian Dasar (IKD) yang digerakkan pembangkang, beliau berkata, gerakan Yahudi bertujuan menguasai dunia melalui proksinya, AS.
“Sebab itu ada usaha untuk tukar rejim yang tidak secocok, mereka menggunakan badan dan orang tertentu untuk menjayakan hasrat itu.
“Kalau IKD bergerak untuk meneliti dasar tidak mengapa, tetapi kalau nak kaji segala dasar macam Dasar Ekonomi Baru, nampak jelas tujuan mereka. Sebab itu kita harus berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan pihak seperti ini,” katanya.
Mengenai pemimpin politik yang menjadi ejen kuasa asing, Dr Mahathir mengakui gerakan Yahudi mempengaruhi seorang daripada pemimpin negara dan mendakwa Anwar berkawan rapat dengan Paul Wolfowitz, seorang daripada pemikir barat prozionisme neokonservatif di AS yang mahu menguasai dunia.
Katanya, menerusi kertas kerja ‘The Century of America’, gerakan itu cuba mempengaruhi golongan tertentu untuk membantu membentuk kerajaan yang tunduk kepada kuasa besar itu.
“Perubahan rejim bermakna mereka sanggup berperang untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak bersetuju dengan mereka menerusi penubuhan kerajaan yang menyokong. Anwar selalu jumpa mereka dan beritahu kalau jadi Perdana Menteri, dia akan mansuhkan itu, mansuhkan ini... nak bagi kebebasan pada rakyat.
“Dia dapat sokongan tidak tahulah sama ada duit ke apa. Dia dan beberapa orang termasuk peguam mendapat bantuan dari satu badan yang ditubuh khusus oleh kerajaan AS untuk membantu mereka menjatuhkan kerajaan yang mereka tidak suka,” katanya. - BERITA HARIAN
Followers
Monday, 12 December 2011
Tuesday, 11 October 2011
KERAJAAN SELANGOR DIDESAK LAKUKAN LAPAN PERKARA
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BARU, DATUK ZULKIFLI NORDIN MENDESAK KERAJAAN SELANGOR DIBAWAM PIMPINNAN KHALID IBRAHIM MELAKUKAN 8 PERKARA
SAYA MENDESAK AGAR KHALID IBRAHIM DAN SELURUH KERAJAAN NEGERI SELANGOR WAJIB MINTA MAAF KEPADA BAGINDA SULTAN KERANA KECELUPARAN MENYALAHKAN JAIS, SEDANGKAN BAGINDA SULTAN BELUM, MENERIMA LAPORAN PENUH.
MEREKA JUGA PERLU MEMINTA MAAF KEPADA JAIS KERANA TINDAKAN TERBURU-BURU MENYALAHKN JAIS.
MENDESAK AGAR TINDAKAN TEGAS DIAMBIL TERHADAP DAKYAH DUMC ITU YANG JELAS BERTENTANGAN DENGAN UNDANG-UNDANG DAN SEGERA MENUTUP OPERASI MUDC YANG DIJALANKAN TANPA PERMIT SERTA KELULUSAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN.
KERAJAAN SELANGOR JUGA WAJIB MENYIASAT PERTUMBUHAN DAN PERCAMBAHAN GEREJA-GEREJA YANG BEROPERASI DIRUMAH KEDAI SERTA MEMBATALKAN PERINTAH TUTUP MULUT YANG DIKELUARKAN TERHADAP EXCO DARIPADA MEMBINCANGKAN ISU INI.
PAKATAN PEMBANGKANG, TERUTAMA KAUM ANWARINAS PERLU MEMOHON MAAF KEPADA EXCO HAL EHWAL ISLAM NEGERI, DATUK DR HASAN ALI DAN JAIS KERANA TUDUHAN DAN FITNAK MELULU YANG DIBUAT TERHADAP MEREKA.
DUMC JUGA WAJIB MEMINTA MAAF KEPADA BAGINDA SULTAN DAN UMAT ISLAM ATAS
CUBAAN MENDAKYAH UMAT ISLAM.
SAYA MENDESAK AGAR KHALID IBRAHIM DAN SELURUH KERAJAAN NEGERI SELANGOR WAJIB MINTA MAAF KEPADA BAGINDA SULTAN KERANA KECELUPARAN MENYALAHKAN JAIS, SEDANGKAN BAGINDA SULTAN BELUM, MENERIMA LAPORAN PENUH.
MEREKA JUGA PERLU MEMINTA MAAF KEPADA JAIS KERANA TINDAKAN TERBURU-BURU MENYALAHKN JAIS.
MENDESAK AGAR TINDAKAN TEGAS DIAMBIL TERHADAP DAKYAH DUMC ITU YANG JELAS BERTENTANGAN DENGAN UNDANG-UNDANG DAN SEGERA MENUTUP OPERASI MUDC YANG DIJALANKAN TANPA PERMIT SERTA KELULUSAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN.
KERAJAAN SELANGOR JUGA WAJIB MENYIASAT PERTUMBUHAN DAN PERCAMBAHAN GEREJA-GEREJA YANG BEROPERASI DIRUMAH KEDAI SERTA MEMBATALKAN PERINTAH TUTUP MULUT YANG DIKELUARKAN TERHADAP EXCO DARIPADA MEMBINCANGKAN ISU INI.
PAKATAN PEMBANGKANG, TERUTAMA KAUM ANWARINAS PERLU MEMOHON MAAF KEPADA EXCO HAL EHWAL ISLAM NEGERI, DATUK DR HASAN ALI DAN JAIS KERANA TUDUHAN DAN FITNAK MELULU YANG DIBUAT TERHADAP MEREKA.
DUMC JUGA WAJIB MEMINTA MAAF KEPADA BAGINDA SULTAN DAN UMAT ISLAM ATAS
CUBAAN MENDAKYAH UMAT ISLAM.
SULTAN AMAT TERSINGGUNG
ASSALAMUALAIKUM...
MAAFLAH MR KODIANG LAMA TIDAK MENULIS DISINI..KERANA WAKTU TAK BERKESEMPATAN...
POLITIK DIMALAYSIA TERLALU RUMIT APABILA PIHAK PEMBANGKANG MUA MELAKUKAN ONAR..DLM SIASATAN JAIS,JAIS MNGULAS BAHAWA TERDAAPT CUBAAB UNTUK PESONGKAN AKIDAH UMAT ISLAM DISELANGOR..SIASATAN JAIS KE ATS MAJLIS THANKSGIVING DINNER D TINGKAT 3 KOMPLEKS DREAM CENTRE DI SEKSYEN 13, PETALING JAYA PADA OGOS LALU MENDAPATI CUBAAN UNTUK MEMESONGKAN KEPERCAYAAN DAN AKIDAH UMAT ISLAM...
DALAM SATU KENYATAAN, SULTAN SELANGOR, SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH MELAHIRKAN RASA AMAT TERSINGGUNG DENGAN USAHA PIHAK TERTENTU YANG CUBA MELEMAHKAN DAN AKIDAH ORANG ISLAM DINEGERI SELANGOR...
SULTAN SHARAFUDDIN BERTITAH DEMIKIAN SETELAH MENELITI SENDIRI DENGAN TERPERINCI LAPORAN PENUH MENGENAIPEMERIKSAAN TERSEBUT DAN TINDAKAN SUSULAN YANG DILAKUKAN OLEH PIHAK JAIS SELEPAS ITU
PETIKAN DARI SULTAN SELANGOR
BETA MENITAHKN JAIS MEMBERI KAUNSELING KEPADA ORANG ISLAM YANG TERLIBAT DALAM MAJLIS TERSEBUTSUPAYA AKIDAH DAN KEPERCAYAAN MEREKA TERHADAP AGAMA ISLAM DAPAT DIPELIHARA DAN DIPERTINGKATKAN
MAAFLAH MR KODIANG LAMA TIDAK MENULIS DISINI..KERANA WAKTU TAK BERKESEMPATAN...
POLITIK DIMALAYSIA TERLALU RUMIT APABILA PIHAK PEMBANGKANG MUA MELAKUKAN ONAR..DLM SIASATAN JAIS,JAIS MNGULAS BAHAWA TERDAAPT CUBAAB UNTUK PESONGKAN AKIDAH UMAT ISLAM DISELANGOR..SIASATAN JAIS KE ATS MAJLIS THANKSGIVING DINNER D TINGKAT 3 KOMPLEKS DREAM CENTRE DI SEKSYEN 13, PETALING JAYA PADA OGOS LALU MENDAPATI CUBAAN UNTUK MEMESONGKAN KEPERCAYAAN DAN AKIDAH UMAT ISLAM...
DALAM SATU KENYATAAN, SULTAN SELANGOR, SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH MELAHIRKAN RASA AMAT TERSINGGUNG DENGAN USAHA PIHAK TERTENTU YANG CUBA MELEMAHKAN DAN AKIDAH ORANG ISLAM DINEGERI SELANGOR...
SULTAN SHARAFUDDIN BERTITAH DEMIKIAN SETELAH MENELITI SENDIRI DENGAN TERPERINCI LAPORAN PENUH MENGENAIPEMERIKSAAN TERSEBUT DAN TINDAKAN SUSULAN YANG DILAKUKAN OLEH PIHAK JAIS SELEPAS ITU
PETIKAN DARI SULTAN SELANGOR
BETA MENITAHKN JAIS MEMBERI KAUNSELING KEPADA ORANG ISLAM YANG TERLIBAT DALAM MAJLIS TERSEBUTSUPAYA AKIDAH DAN KEPERCAYAAN MEREKA TERHADAP AGAMA ISLAM DAPAT DIPELIHARA DAN DIPERTINGKATKAN
Sunday, 18 September 2011
BARU ADA KESEMPATAN
SALAM..MAAF LAMA TIDAK POST ....TRLALU SIBUK DGN KERJAYA...POLITIK IS POLITK...BK PERKARA YG BERLAKU DLM DUNIA POLITIK KHURSUSNYA POLITIK DIMALAYSIA...KISAH MAT SABU DN MT INDERA MASIH LAGI KEDENGARAN...BG MR KODIANG JAWAPAN AMAT MUDAH....KOMUNIS TETAP KOMUNIS..KENAPA KITA HARUS MNYOKONG PERJUANG KOMUNIS..SUDAH LUPA KAH PADA PERJUANG KEMERDEKAAN YG BERSUSAH PAYAH HNDAK MNDPATKN KEMERDEKAAN NEGARA KITA..SEHARUSNYYA KITA HARUS MEMPERTAHANKAN...PM KITA DGN BERANI TELAH MEMANSUHKAN ISA..BELIAU MEMANSUHKN ISA BKN KERANA TAKOT PD PEMBANGKANG TP SEMUA DILAKUKAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA...PASTI PIHAK PEMBANGKANG KEHILANGAN MODAL DLM PRU AKN DTG...KISAH EXCO DAP SELANGOR INGIN MNGGANTIKAN BENDERA MALYSIA KITA PATOT AMBIL BERAT...APALAKH MOTIF BELIAU...SEHARUSNYA KITA BLH BERFIKIR SECARA MATANG...EXCO2 SELANGOR PERLU AMBIL SATU TINDAKAN..TP ADAKAH MB SELANGOR SANGGUP TANGGUNG RISIKO...MB SELANGOR JGN LAH JADI TALI BARUT DAP..BERPIJAK LAH DIBUMI YG NYATA..
Wednesday, 17 August 2011
SEMANGAT KEBANGSAAN
Semenjak kejatuhan Khilafah Islam pada tahun 1924 umat Islam di seluruh tanah air Muslimin telah melihat berlakunya perubahan mendadak di dalam asas penyatuan Muslimin. Penyatuan Muslimin yang bertolak daripada aqidah yang satu yang melampaui segala batas-batas keturunan, warna kulit dan kedudukan telah ditinggalkan oleh umat Islam untuk digantikan oleh kesatuan yang berasaskan fahaman kebangsaan atau nasionalisme barat. Ia adalah satu penyelewengan bidaah yang wajib ditolak dan dibetulkan kembali oleh setiap Muslimin di zaman ini. Kejahilan para ulama mengenai kesesatan fahaman kebangsaan telah mendorong umat Islam dari segala lapisan untuk menerima dan beramal dengan kesesatan ini tanpa mereka merasa takut kepada kemurkaan Allah s.w.t. dan balasan azabNya yang pedih. Nasionalisme, disebut di dalam Encyclopedia Britannicca atau Encyclopedia America :• Loyalty and devotion to the state such that national interest are placed above individual or global interest.• It originates from the assumption that nations are the primary focus of political allegiance.• In the religious context, for example: the focus of allegiance would be a supranational group such as Christendom or Christian community.• Modern phenomena.
Definisi ini menjelaskan bahawa nasionalisme adalah fenomena yang meletakkan kesetiaan dan ketaatan manusia kepada negara, sekira-kira meletakkan kepentingan negaranya di atas segala kepentingan yang lain samada ianya merupakan kepentingan peribadi ataupun kepentingan negara-negara lain. Fahaman ini adalah bertolak daripada andaian bahawa tumpuan utama bagi ikatan politik adalah terletak kepada bangsa. Fahaman ini adalah diasaskan oleh pemikir-pemikir politik seumpama Machiavelli, Rousseau dan Johan Gottfried. Ia adalah satu fahaman baru yang muncul di zaman moden akibat daripada pergolakan sejarah yang berlaku di Eropah iaitu pergolakan yang lahir daripada perjuangan masyarakat barat untuk membebaskan negara-negara mereka daripada tekanan pentadbiran dan kezaliman kuasa gereja.
Dengan kata lain nasionalisme adalah merupakan ikatan yang berbentuk sekular yang menggantikan semua bentuk ikatan yang lain khususnya ikatan keagamaan di kalangan manusia terutamanya di barat yang berasaskan ajaran gereja Kristian. Ia adalah merupakan satu daripada panduan cara hidup sekular yang dikemukakan di zaman ini sebagai menggantikan panduan daripada sumber agama. Pentakrifan ini menjelaskan bahawa nasionalisme itu pada hakikatnya adalah fahaman penyatuan manusia yang berasaskan mendahulukan kepentingan bangsa dan negara di atas segala kepentingan yang lain.
Percanggahan Nasionalisme Dengan Islam
Daripada kesedaran kita mengenai hakikat sebenar fahaman kebangsaan itu maka nyatalah kepada kita percanggahan yang tidak dapat dielakkan di antara ideologi nasionalisme dengan ajaran-ajaran yang terdapat di dalam syariat Islam. Ia adalah percanggahan-percanggahan yang menuntut setiap Muslimin agar menolak sepenuhnya fahaman tersebut daripada diamalkan di dalam sebuah masyarakat beragama Islam. Ia adalah percanggahan yang lahir akibat daripada tabiat Islam sebagai sebuah ajaran yang berjuang untuk menyatukan manusia di atas asas pengabdian kepada Allah Taala semata-mata dan di atas asas menegakkan keadilan Tuhan di dunia ini. Secara asasnya percanggahan tersebut bolehlah dibariskan kepada empat bahagian seperti berikut:
Pertama: Ia adalah fahaman yang membina penyatuan manusia di atas asas menerima pensyarikatan yang berlaku di kalangan manusia terhadap ketuhanan Allah Taala di alam ini. Ia dengan itu adalah penyatuan yang tidak menjadikan kepentingannya membimbing manusia kepada mentauhidkan Allah s.w.t. dan kepada membulatkan kehambaan kepada Allah s.w.t. semata-mata. Penyatuan yang meredhakan kekufuran seperti ini adalah bentuk penyatuan yang membawa penyesalan para pengamalnya di akhirat kelak. Firman Allah di dalam Surah Al-Ankabut ayat 25 berbunyi ; "Dan berkata Ibrahim: Sesungguhnya berhala-berhala yang kamu sembah selain Allah s.w.t. adalah untuk menciptakan perasaan kasih sayang di antara kamu dalam kehidupan dunia ini kemudian di hari kiamat sebahagian kamu mengingkari sebahagian (yang lain) dan sebahagian kamu melaknati sebahagian (yang lain), dan tempat kembalimu ialah neraka, dan sekali-kali tiada bagi kamu para penolong pun".
Kedua: Ia adalah fahaman yang membina kepentingan manusia di atas asas kepentingan di dunia semata-mata dengan melupakan kepentingan kesejahteraan manusia di akhirat. Kepentingan akhirat itu hanya dapat dicapai melalui ketaatan yang penuh kepada segala perintah Allah Taala yang telah disampaikan oleh RasulNya. Firman Allah Taala di dalam Surah Al-Israa’ ayat 18 dan 19 berbunyi ;"Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahanam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik".Ketiga: Ia adalah fahaman penyatuan yang bercanggah dengan syariat Islam yang berhubung dengan hukum al-wala’. Yang dikehendaki dengan hukum al-wala’ ialah ajaran Islam yang melarang Muslimin daripada memberikan hak persahabatan, perlindungan, kepimpinan, kasih sayang dan pertolongan kepada golongan kuffar dan musyrikin dalam perkara yang menyalahi ketaatan kepada Allah Taala atau di dalam perkara yang menyalahi hak persaudaraan sesama Muslimin.
Di dalam negara yang mengamalkan nasionalisme sekular pada hari ini kuasa yang diberikan oleh perlembagaan negara kepada Muslimin adalah kuasa yang tidak melibatkan kebebasan mereka melaksanakan hukum Allah s.w.t. atau dengan kata lain ia adalah kuasa yang tidak menafikan kemestian orang-orang Islam mentaati orang-orang kafir di dalam hukum dan peraturan ciptaan mereka. Oleh itu persoalan para khalifah Islam yang terdahulu melantik dan memberi ruang kepada orang-orang kafir menjawat beberapa jawatan negara tidaklah boleh disamakan dengan corak pentadbiran negara sekular pada hari ini. Pemberian jawatan kepada golongan kafir zimmi pada zaman itu adalah berlaku di dalam suasana terlaksanya hukum Allah Taala secara sempurna dan megah dan tidak pula membawa kerugian kepada umat Islam.
Seterusnya perlulah diingatkan mengenai kesesatan penulis tersebut yang cuba meletakkan persoalan melantik orang-orang kafir di tanah air pada hari ini sebagai termasuk di dalam rukhsah yang dibenarkan oleh syariat Islam. Perlulah difahami bahawa rukhsah di dalam Islam adalah digantungkan di dalam perkara ketaatan kepada Allah s.w.t. semata-mata. Ia sama sekali tidak dibenarkan dalam perkara maksiat dan mungkar seperti rukhsah yang difahami oleh penulis buku tersebut kerana rukhsah seperti itu adalah rukhsah yang membuka jalan untuk melakukan perkara yang amat mungkar iaitu menolak hukum Allah Taala yang wajib dilaksanakan di dalam negara yang merupakan syarat kerjasama di antara orang-orang kafir dengan orang-orang Islam yang diletakkan oleh penjajah.
Menolak hukum Allah dan menggantikannya dengan hukum ciptaan manusia adalah perbuatan syirik yang mengeluarkan seseorang daripada Islam, firman Allah Taala di dalam Surah As-Syura ayat 21 berbunyi: "Apakah mereke mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah Taala".
Adapun tindakan 'sejarah' seperti yang dilakukan oleh kerajaan Terengganu yang membayar ufti kepada kerajaan Siam itu dari sudut hukum syaraknya bukanlah termasuk di dalam perkara taqiyyah tetapi ia adalah termasuk di dalam persoalan siasah syari’yyah . Perlulah difahami dengan baik dan perlu dibezakan kedua perkara ini dengan jelas supaya tidak dipermainkan dan seumpamanya daripada penyokong-penyokong fahaman sekular di tanah air.
Menolak Syubhat Hakikat Asobiyyah
Bagi melengkapkan perbincangan risalah ini dan bagi menambahkan faedahnya maka perlulah diberikan penjelasan mengenai hakikat asobiyyah dan hukumnya di dalam Islam. Keperluan ini timbul sebagai menolak syubahat yang telah dikemukakan oleh para pendokong fahaman nasionalisme sekular di zaman ini terhadap pengertian asobiyyah. Mereka pertamanya telah menafikan nasionalisme sebagai tergolong di dalam asobiyyah yang dimaksudkan di dalam keterangan hadith. Keduanya mereka telah menyamakan nasionalisme yang dianuti oleh kerajaan yang memerintah sebagai fahaman nasionalisme yang pernah diperjuangkan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmi. Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam di dalam sebuah hadith sahih yang bermaksud: “Bukan dari kalangan kita orang yang menyeru ke arah asobiyyah, bukan dari kalangan kita orang yang berperang di atas dasar asobiyyah dan bukan dari kalangan kita orang yang mati di atas dasar asobiyyah.”(Riwayat Muslim)
Penutup
Di dalam arus kebangkitan Islam di alaf baru, kita sememangnya memerlukan rijal dakwah yang berkarisma dan berhikmah dalam menyampaikan mesej dakwah. Kita amat dahagakan pandangan dan ilmu yang diketengahkan oleh seorang muslim yang berani menyatakan kebenaran dan amanah dengan ilmunya. Firman Allah Taala bermaksud, "Dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela". (al-Maidah:54, al Quranul Karim)
Sesungguhnya tidak ada jalan untuk melepaskan umat Islam di zaman ini seluruhnya daripada kesesatan beramal dengan fahaman nasionalisme selain daripada berusaha mendedahkan kepada umat Islam hakikat kesesatan fahaman kebangsaan atau nasionalisme itu sebagaimana juga segala ideologi kebendaan yang lain secara menyeluruh dan merata melalui kuliah-kuliah yang disampaikan di masjid-masjid, surau-surau, pondok-pondok dan segala saluran pengajian agama di tanah air. Risalah ini hanyalah suatu pengenalan yang amat ringkas tetapi sebagai amaran yang amat keras kepada Muslimin mengenai ancaman bahaya fahaman nasionalisme kepada kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat. Semoga Allah s.w.t. menjadikan risalah ini bermanfaat kepada penulis dan sekelian Muslimin. Berkata Imam Ahmad bin Hanbal:
إذا سكت العالم تقية والجاهل يجهل فمتى يتبين الحق
[ Apabila orang alim berdiam diri dan orang jahil terus dalam kejahilannya, maka bilakah akan nyatanya kebenaran ].
DOA-DOA
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal" Surah Ali-Imran Ayat 190...
"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah sesama mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka." Surah Ali-Imran Ayat 191...
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."
(Surah Ali' Imran 3 ayat 8)
KISAH SALAHUDDIN AL- AYYUBI
KISAH SALAHUDDIN AL-AYYUBI
AQIDAH ISLAM ASAS KEMENANGAN
Salahuddin Al-Ayyubi Sebagai Teladan Kemenangan dari sudut kacamata Islam bukanlah dengan terdapatnya suara majoriti yang menjadi penyokong di kalangan rakyat. Tidak juga dengan memiliki teknologi pembangunan yang pesat atau ekonomi yang kukuh mahupun kekuasaan yang padu di dalam jentera pentadbiran negara. Namun pada hakikatnya kejayaan atau kemenangan di dalam Islam ialah kemenangan aqidah Islamiyyah ke atas sistem jahiliyyah. Ia merupakan proses penukaran sistem jahiliyyah kepada sistem Islam keseluruhannya dalam melaksanakan syariat Allah sehinggalah wujud daulah Islamiyyah.
Umat Islam mencapai kegemilangannya di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. sehinggalah di zaman khulafa? ur Rashidin dan empayar-empayar Islam selepasnya. Umat Islam dahulu menang kerana mereka adalah merupakan terjemahan amali kepada agama suci ini yang bergerak di atas muka bumi. Apabila umat Islam mula engenepikan agamanya dan meninggalkan ajarannya, mereka telah diserbu oleh berbagai umat lain, mereka telah bertukar menjadi seperti buih di dalam arus. Umat Islam telah ditinggikan oleh Allah dengan Islam dan tidak akan mencapai ketinggian selain dari Islam.
Tumbangnya Empayar Othmaniyyah pada tahun 1924 membuka ruang kepada Israel menakluki bandar suci Al-Quds pada bulan Jun 1967 di mana dalam masa tidak sampai enam hari umat Islam ditewaskan. Kekalahan yang amat memalukan bagi semua umat Islam.Sehingga sekarang umat Islam masih lagi gagal membebaskan bumi Palestin dari cengkaman Zionis.
Sejarah Islam membuktikan bahawa hanya pemimpin yang kuat berpegang teguh pada agama Islam dan merupakan teladan-teladan peribadi dan beramal soleh yang mampu mencipta kejayaan dan mampu menyekat kemaraan musuh yang terdiri dari Yahudi dan Nasrani, musuh utama umat Islam. Salahuddin al-Ayyubi umpamanya seorang pemimpin yang kuat berpegang pada agamanya, berperibadi mulia dan seorang yang beramal soleh telah berjaya membebaskan al-Quds pada hari Jumaat 27 rejab 583 hijrah.
Peperangan ?Hutain? yang dipimpin oleh Salahuddin al-Ayubbi telah membuka ruang kepada pembebasan bandar al-Quds. Jumlah tentera Islam ialah 12 000 orang sementara tentera salib 50 000 orang. Jumlah tentera Islam dalam pembebasan Baitul Maqdis pula tidak sampai 12 000 orang sementara pihak tentera salib 60 000 orang. Kumpulan kecil telah menang ke atas kumpulan besar dengan izin Allah.
Sebab-sebab kemenangan di situ adalah banyak. Yang utama ialah kepimpinan Salahuddin al-Ayyubi sendiri kerana beliau mempersembahkan keseluruhan hidupnya untuk jihad di jalan Allah. Aqidah Islam telah memenuhi keseluruhan jiwanya, perasaannya bernyala-nyala dengan aqidah Islam dan tidak beriman dengan yang lain selain dari Allah. Beliau seorang yang amat toleransi, amat merendah diri, sederhana pakaian dan makanan, membelanjakan setiap sen yang sampai ke tangannya untuk jihad dan lain-lain kepentingan umat Islam, tidak memberi perhatian pada mata benda dunia sama ada harta, istana atau lain-lainnya sehinggah apabila beliau wafat tidak eninggalkan sebarang harta. Tidak ada emas atau perak di dalam simpanannya kecuali satu Dinar empat puluh tujuh Dirham sahaja.
Semasa berjihad Salahuddin al-Ayyubi selalu membawa sebuah peti tertutup yang amat dijaganya. Orang terdekat menyangka terdapat berbagai batu permata dan benda berharga tersembunyi di dalamnya. Tetapi selepas wafatnya apabila peti dibuka maka yang ditemui hanyalah sehelai surat wasiat dan kain kafan yang dibeli dari titik peluhnya sendiri dan sedikit tanah.
Apabila surat itu dibuka tertulis " Kafankanlah aku dengan kain kafan yang pernah dibasahi air zam-zam ini, yang pernah mengunjungi kaabah yang mulia dan makam Rasulullah s.a.w. Tanah ini ialah sisa-sisa masa perang, buatkanlah darinya ketulan untuk alas kepalaku di dalam kubur"
Dari tanah tersebut dapat dibuat 12 ketulan tanah yang hari ini terletak di bawah kepala Salahuddin al-Ayyubi. Setiap kali Salahuddin al-Ayyubi kembali dari berperang yang dimasuki bertujuan berjihad kepada Allah, beliau akan berusaha mengumpulkan tanah-tanah yang melekat pada muka dan pakaiannya dan meletakkannya di dalam peti rahsia itu. Beliau telah berjaya mengumpulkan tanah yang boleh dibuat 12 ketulan, kiralah berapa banyak pertempuran yang dihadapinya kerana berjihad bagi menegakkan kalimah Allah!!
Salahuddin al-Ayyubi meninggal dunia pada 7 Safar 589 hijrah, kira-kira dua tahun selepas berlakunya peperangan Hutain yang berjaya membebaskan Baitil Maqdis. Umurnya ketika itu 56 tahun --
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan Seluruh Alam"
Subscribe to:
Posts (Atom)
