Followers

Monday, 12 December 2011

Amerika Dalang Pemusnah Dunia

Amerika dalang pemusnah dunia.......


11.12.2011: NGO Barat cuba kuasai proses pilihan raya,
APA agaknya reaksi penduduk Amerika Syarikat jika mendapati pusat pengundian dan parti politik tertentu keseluruhannya dipengaruhi wang pemerhati dan calon disokong China yang mempromosikan kepentingan negara itu dalam proses pemilihan Presiden?

Pasti banyak jawapan diterima. Mungkin ada orang akan dipenjarakan seumur hidup atau dihukum mati atas dakwaan mengkhianati negara. Malah perang antara kedua-dua negara juga mungkin berlaku.
 
Cubaan menggulingkan pemimpin negara asing atau masuk campur dalam pilihan raya adalah tindakan biasa dilakukan kerajaan Amerika menerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) selama berdekad-dekad di seluruh dunia. Malah, kebangkitan dunia Arab dilaporkan turut didalangi pelbagai rangkaian NGO yang disokong Barat.

Akhbar New York Times dalam rencana bertajuk ‘Pergerakan Amerika Membantu Memupuk Kebangkitan Arab’ jelas menyatakan beberapa kumpulan dan individu secara langsung terbabit dalam kebangkitan dan pembaharuan yang melanda rantau itu termasuk Pergerakan Belia 6 April di Mesir, Pusat Hak Asasi Manusia Bahrain dan aktivis akar umbi seperti Entsar Qadhi, pemimpin belia di Yaman, menerima latihan dan dana daripada kumpulan seperti Institut Republikan Antarabangsa, Institut Demokratik Kebangsaan dan Dewan Kebebasan, pertubuhan hak asasi manusia tidak berasaskan keuntungan beribu pejabat di Washington.
 

Ia juga menunjukkan kedua-dua institut itu mempunyai hubungan dengan parti Republikan dan Demokratik. Ia dicetuskan Kongres dan dibiaya menerusi Pembiayaan Kebangsaan bagi Demokrasi, yang ditubuhkan pada tahun 1983 untuk menyalurkan geran bertujuan mempromosikan de-mokrasi di negara membangun.
 

Ia menerima AS$100 juta (RM314 juta) setahun daripada Kongres. Dewan Kebebasan turut menerima sejumlah wang daripada ke-rajaan Amerika, kebanyakannya daripada Jabatan Negara.
 

NGO sama juga memainkan peranannya di Myanmar, menghalang pembinaan empangan mega baru un-tuk memulakan pembangunan di kawasan pedalaman negara itu dan menyediakan bekalan elektrik bagi penggunaan eksport dan domestik, serta membantu mengairi tanah pertanian.
 

"Ada bukti NGO ini cuba mengkucar-kacirkan kerajaan Malaysia dan mengembalikan kuasa kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."
 

Di negara jiran Russia dan juga sekutunya, Belarus, NGO yang dibiayai Amerika cuba memulakan ‘Kebangkitan Belarus’ untuk menumbangkan pemimpin negara itu, Alexander Lukashenko, yang membantah keras kehadiran tentera NATO di sempadannya dan Russia. Kini, Russia sendiri sudah membongkar plot NGO yang cuba campur tangan dalam institusi politik negara itu, dalam cubaan menggulingkan dan menggantikan pemimpinnya.
 

Ini bukan kali pertama Russia berdepan dengan campur tangan luar. Selepas kejatuhan Soviet Union, ada usaha di kalangan rakyat asing memulakan usaha mencipta undang-undang sendiri di sebalik kekacauan itu.
 

Individu yang menerajuinya ialah hartawan Mikhail Khodorkovsky yang menjadi penaung Yayasan Russia Terbuka malah memiliki pakar kewangan korporat seperti Jacob Rothschild dan Henry Kissinger mempengerusikan lembaga pengarahnya. - AFP




12.12.2011 KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beberapa pemimpin dalam parti pembangkang dan Majlis Peguam bersekongkol dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tajaan Amerika Syarikat (AS) yang dikuasai rejim Yahudi untuk mengguling dan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sambil menyifatkan AS dikuasai sepenuhnya golongan Yahudi menerusi media, Hollywood dan sumber kewangan, beliau berkata, menjadi hasrat kuasa besar itu untuk mengadakan perubahan rejim bagi semua kerajaan yang tidak memihak kepada mereka.

“Bila lihat ada negara yang tidak bersetuju dan menentang, termasuk Malaysia, mereka hendak membuat perubahan rejim di negara ini. Mereka tubuh satu badan dan dibekalkan dengan wang untuk disogokkan kepada pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada. 
“Saya nak bagi nama, saya tidak tahu tetapi ada anggota pembangkang dan dalam Majlis Peguam yang terbabit,” katanya pada sidang media selepas majlis Bicara Negarawan di sini semalam.

Beliau diminta mengulas laporan AFP semalam bahawa ada bukti NGO tajaan AS cuba mengkucar-kacirkan Kerajaan Malaysia dan mengembalikan kuasa kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Mahathir yakin dengan bukti yang kukuh, kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung gerakan itu.

“Tanpa bukti kukuh, kita tidak boleh bertindak sebarangan dan tidak boleh guna kuasa untuk menangkap orang, kena ada bukti yang jelas dan saya yakin kerajaan akan mengambil tindakan,” katanya.
Terdahulu, menjawab soalan pada sesi dialog mengenai kebimbangan berlaku penjajahan zaman moden oleh gerakan Yahudi dan peranan Institut Kajian Dasar (IKD) yang digerakkan pembangkang, beliau berkata, gerakan Yahudi bertujuan menguasai dunia melalui proksinya, AS.

“Sebab itu ada usaha untuk tukar rejim yang tidak secocok, mereka menggunakan badan dan orang tertentu untuk menjayakan hasrat itu.

“Kalau IKD bergerak untuk meneliti dasar tidak mengapa, tetapi kalau nak kaji segala dasar macam Dasar Ekonomi Baru, nampak jelas tujuan mereka. Sebab itu kita harus berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan pihak seperti ini,” katanya.

Mengenai pemimpin politik yang menjadi ejen kuasa asing, Dr Mahathir mengakui gerakan Yahudi mempengaruhi seorang daripada pemimpin negara dan mendakwa Anwar berkawan rapat dengan Paul Wolfowitz, seorang daripada pemikir barat prozionisme neokonservatif di AS yang mahu menguasai dunia.

Katanya, menerusi kertas kerja ‘The Century of America’, gerakan itu cuba mempengaruhi golongan tertentu untuk membantu membentuk kerajaan yang tunduk kepada kuasa besar itu.

“Perubahan rejim bermakna mereka sanggup berperang untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak bersetuju dengan mereka menerusi penubuhan kerajaan yang menyokong. Anwar selalu jumpa mereka dan beritahu kalau jadi Perdana Menteri, dia akan mansuhkan itu, mansuhkan ini... nak bagi kebebasan pada rakyat.

“Dia dapat sokongan tidak tahulah sama ada duit ke apa. Dia dan beberapa orang termasuk peguam mendapat bantuan dari satu badan yang ditubuh khusus oleh kerajaan AS untuk membantu mereka menjatuhkan kerajaan yang mereka tidak suka,” katanya. - BERITA HARIAN

Tuesday, 11 October 2011

KERAJAAN SELANGOR DIDESAK LAKUKAN LAPAN PERKARA

AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BARU, DATUK ZULKIFLI NORDIN MENDESAK KERAJAAN SELANGOR DIBAWAM PIMPINNAN KHALID IBRAHIM MELAKUKAN 8 PERKARA

SAYA MENDESAK AGAR KHALID IBRAHIM DAN SELURUH KERAJAAN NEGERI SELANGOR WAJIB MINTA MAAF KEPADA BAGINDA SULTAN KERANA KECELUPARAN MENYALAHKAN JAIS, SEDANGKAN BAGINDA SULTAN BELUM, MENERIMA LAPORAN PENUH.
MEREKA JUGA PERLU MEMINTA MAAF  KEPADA JAIS KERANA TINDAKAN TERBURU-BURU MENYALAHKN JAIS.
MENDESAK AGAR TINDAKAN TEGAS DIAMBIL TERHADAP DAKYAH DUMC ITU YANG JELAS  BERTENTANGAN DENGAN UNDANG-UNDANG DAN SEGERA MENUTUP OPERASI MUDC YANG DIJALANKAN TANPA PERMIT SERTA KELULUSAN  PIHAK BERKUASA TEMPATAN.
KERAJAAN SELANGOR JUGA WAJIB MENYIASAT PERTUMBUHAN DAN PERCAMBAHAN GEREJA-GEREJA YANG BEROPERASI DIRUMAH KEDAI SERTA MEMBATALKAN PERINTAH TUTUP MULUT  YANG DIKELUARKAN TERHADAP EXCO DARIPADA MEMBINCANGKAN ISU INI.
PAKATAN PEMBANGKANG, TERUTAMA KAUM ANWARINAS PERLU MEMOHON MAAF KEPADA EXCO HAL EHWAL ISLAM NEGERI, DATUK DR HASAN ALI DAN JAIS KERANA TUDUHAN DAN FITNAK MELULU YANG DIBUAT TERHADAP MEREKA.
DUMC JUGA WAJIB MEMINTA MAAF KEPADA BAGINDA SULTAN DAN UMAT ISLAM ATAS
CUBAAN MENDAKYAH UMAT ISLAM.

SULTAN AMAT TERSINGGUNG

ASSALAMUALAIKUM...

MAAFLAH MR KODIANG LAMA TIDAK MENULIS DISINI..KERANA WAKTU TAK BERKESEMPATAN...
POLITIK DIMALAYSIA TERLALU RUMIT APABILA PIHAK PEMBANGKANG MUA MELAKUKAN ONAR..DLM SIASATAN JAIS,JAIS MNGULAS BAHAWA TERDAAPT CUBAAB UNTUK PESONGKAN AKIDAH UMAT ISLAM DISELANGOR..SIASATAN JAIS KE ATS MAJLIS THANKSGIVING DINNER D TINGKAT 3 KOMPLEKS DREAM CENTRE DI SEKSYEN 13, PETALING JAYA PADA OGOS LALU MENDAPATI CUBAAN UNTUK MEMESONGKAN KEPERCAYAAN DAN AKIDAH UMAT ISLAM...
DALAM SATU KENYATAAN, SULTAN SELANGOR, SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH MELAHIRKAN RASA AMAT TERSINGGUNG DENGAN USAHA PIHAK TERTENTU YANG CUBA MELEMAHKAN DAN AKIDAH ORANG ISLAM DINEGERI SELANGOR...
SULTAN SHARAFUDDIN BERTITAH DEMIKIAN SETELAH MENELITI SENDIRI DENGAN TERPERINCI LAPORAN PENUH MENGENAIPEMERIKSAAN TERSEBUT DAN TINDAKAN SUSULAN YANG DILAKUKAN OLEH PIHAK JAIS SELEPAS ITU

PETIKAN DARI SULTAN SELANGOR

BETA MENITAHKN JAIS MEMBERI KAUNSELING KEPADA ORANG ISLAM YANG TERLIBAT DALAM MAJLIS TERSEBUTSUPAYA AKIDAH DAN KEPERCAYAAN MEREKA TERHADAP AGAMA ISLAM DAPAT DIPELIHARA DAN DIPERTINGKATKAN

Sunday, 18 September 2011

BARU ADA KESEMPATAN

SALAM..MAAF LAMA TIDAK POST ....TRLALU SIBUK DGN KERJAYA...POLITIK IS POLITK...BK PERKARA YG BERLAKU DLM DUNIA POLITIK KHURSUSNYA POLITIK DIMALAYSIA...KISAH MAT SABU DN MT INDERA MASIH LAGI KEDENGARAN...BG MR KODIANG JAWAPAN AMAT MUDAH....KOMUNIS TETAP KOMUNIS..KENAPA KITA HARUS MNYOKONG PERJUANG KOMUNIS..SUDAH LUPA KAH PADA PERJUANG KEMERDEKAAN YG BERSUSAH PAYAH HNDAK MNDPATKN KEMERDEKAAN NEGARA KITA..SEHARUSNYYA KITA HARUS MEMPERTAHANKAN...PM KITA DGN BERANI TELAH MEMANSUHKAN ISA..BELIAU MEMANSUHKN ISA BKN KERANA TAKOT PD PEMBANGKANG TP SEMUA DILAKUKAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA...PASTI PIHAK PEMBANGKANG KEHILANGAN MODAL DLM PRU AKN DTG...KISAH EXCO DAP SELANGOR INGIN MNGGANTIKAN BENDERA MALYSIA KITA PATOT AMBIL BERAT...APALAKH MOTIF BELIAU...SEHARUSNYA KITA BLH BERFIKIR SECARA MATANG...EXCO2 SELANGOR PERLU AMBIL SATU TINDAKAN..TP ADAKAH MB SELANGOR SANGGUP TANGGUNG RISIKO...MB SELANGOR JGN LAH JADI TALI BARUT DAP..BERPIJAK LAH DIBUMI YG NYATA..

Wednesday, 17 August 2011

SEMANGAT KEBANGSAAN


Semenjak kejatuhan Khilafah Islam pada tahun 1924 umat Islam di seluruh tanah air Muslimin telah melihat berlakunya perubahan mendadak di dalam asas penyatuan Muslimin. Penyatuan Muslimin yang bertolak daripada aqidah yang satu yang melampaui segala batas-batas keturunan, warna kulit dan kedudukan telah ditinggalkan oleh umat Islam untuk digantikan oleh kesatuan yang berasaskan fahaman kebangsaan atau nasionalisme barat. Ia adalah satu penyelewengan bidaah yang wajib ditolak dan dibetulkan kembali oleh setiap Muslimin di zaman ini. Kejahilan para ulama mengenai kesesatan fahaman kebangsaan telah mendorong umat Islam dari segala lapisan untuk menerima dan beramal dengan kesesatan ini tanpa mereka merasa takut kepada kemurkaan Allah s.w.t. dan balasan azabNya yang pedih. Nasionalisme, disebut di dalam Encyclopedia Britannicca atau Encyclopedia America :•    Loyalty and devotion to the state such that national interest are placed above individual or global interest.•    It originates from the assumption that nations are the primary focus of political allegiance.•    In the religious context, for example: the focus of allegiance would be a supranational group such as Christendom or Christian community.•    Modern phenomena.

Definisi ini menjelaskan bahawa nasionalisme adalah fenomena yang meletakkan kesetiaan dan ketaatan manusia kepada negara, sekira-kira meletakkan kepentingan negaranya di atas segala kepentingan yang lain samada ianya merupakan kepentingan peribadi ataupun kepentingan negara-negara lain. Fahaman ini adalah bertolak daripada andaian bahawa tumpuan utama bagi ikatan politik adalah terletak kepada bangsa. Fahaman ini adalah diasaskan oleh pemikir-pemikir politik seumpama Machiavelli, Rousseau dan Johan Gottfried. Ia adalah satu fahaman baru yang muncul di zaman moden akibat daripada pergolakan sejarah yang berlaku di Eropah iaitu pergolakan yang lahir daripada perjuangan masyarakat barat untuk membebaskan negara-negara mereka daripada tekanan pentadbiran dan kezaliman kuasa gereja.

Dengan kata lain nasionalisme adalah merupakan ikatan yang berbentuk sekular yang menggantikan semua bentuk ikatan yang lain khususnya ikatan keagamaan di kalangan manusia terutamanya di barat yang berasaskan ajaran gereja Kristian. Ia adalah merupakan satu daripada panduan cara hidup sekular yang dikemukakan di zaman ini sebagai menggantikan panduan daripada sumber agama. Pentakrifan ini menjelaskan bahawa nasionalisme itu pada hakikatnya adalah fahaman penyatuan manusia yang berasaskan mendahulukan kepentingan bangsa dan negara di atas segala kepentingan yang lain.

Percanggahan Nasionalisme Dengan Islam

Daripada kesedaran kita mengenai hakikat sebenar fahaman kebangsaan itu maka nyatalah kepada kita percanggahan yang tidak dapat dielakkan di antara ideologi nasionalisme dengan ajaran-ajaran yang terdapat di dalam syariat Islam. Ia adalah percanggahan-percanggahan yang menuntut setiap Muslimin agar menolak sepenuhnya fahaman tersebut daripada diamalkan di dalam sebuah masyarakat beragama Islam. Ia adalah percanggahan yang lahir akibat daripada tabiat Islam sebagai sebuah ajaran yang berjuang untuk menyatukan manusia di atas asas pengabdian kepada Allah Taala semata-mata dan di atas asas menegakkan keadilan Tuhan di dunia ini. Secara asasnya percanggahan tersebut bolehlah dibariskan kepada empat bahagian seperti berikut:

Pertama: Ia adalah fahaman yang membina penyatuan manusia di atas asas menerima pensyarikatan yang berlaku di kalangan manusia terhadap ketuhanan Allah Taala di alam ini. Ia dengan itu adalah penyatuan yang tidak menjadikan kepentingannya membimbing manusia kepada mentauhidkan Allah s.w.t. dan kepada membulatkan kehambaan kepada Allah s.w.t. semata-mata. Penyatuan yang meredhakan kekufuran seperti ini adalah bentuk penyatuan yang membawa penyesalan para pengamalnya di akhirat kelak. Firman Allah di dalam Surah Al-Ankabut ayat 25 berbunyi ; "Dan berkata Ibrahim: Sesungguhnya berhala-berhala yang kamu sembah selain Allah s.w.t. adalah untuk menciptakan perasaan kasih sayang di antara kamu dalam kehidupan dunia ini kemudian di hari kiamat sebahagian kamu mengingkari sebahagian (yang lain) dan sebahagian kamu melaknati sebahagian (yang lain), dan tempat kembalimu ialah neraka, dan sekali-kali tiada bagi kamu para penolong pun".

Kedua: Ia adalah fahaman yang membina kepentingan manusia di atas asas kepentingan di dunia semata-mata dengan melupakan kepentingan kesejahteraan manusia di akhirat. Kepentingan akhirat itu hanya dapat dicapai melalui ketaatan yang penuh kepada segala perintah Allah Taala  yang telah disampaikan oleh RasulNya. Firman Allah Taala di dalam Surah Al-Israa’ ayat 18 dan 19 berbunyi ;"Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahanam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik".Ketiga: Ia adalah fahaman penyatuan yang bercanggah dengan syariat Islam yang berhubung dengan hukum al-wala’. Yang dikehendaki dengan hukum al-wala’ ialah ajaran Islam yang melarang Muslimin daripada memberikan hak persahabatan, perlindungan, kepimpinan, kasih sayang dan pertolongan kepada golongan kuffar dan musyrikin dalam perkara yang menyalahi ketaatan kepada Allah Taala atau di dalam perkara yang menyalahi hak persaudaraan sesama Muslimin.

Di dalam negara yang mengamalkan nasionalisme sekular pada hari ini kuasa yang diberikan oleh perlembagaan negara kepada Muslimin adalah kuasa yang tidak melibatkan kebebasan mereka melaksanakan hukum Allah s.w.t. atau dengan kata lain ia adalah kuasa yang tidak menafikan kemestian orang-orang Islam mentaati orang-orang kafir di dalam hukum dan peraturan ciptaan mereka. Oleh itu persoalan para khalifah Islam yang terdahulu melantik dan memberi ruang kepada orang-orang kafir menjawat beberapa jawatan negara tidaklah boleh disamakan dengan corak pentadbiran negara sekular pada hari ini. Pemberian jawatan kepada golongan kafir zimmi pada zaman itu adalah berlaku di dalam suasana terlaksanya hukum Allah Taala secara sempurna dan megah dan tidak pula membawa kerugian kepada umat Islam.

Seterusnya perlulah diingatkan mengenai kesesatan penulis tersebut yang cuba meletakkan persoalan melantik orang-orang kafir di tanah air pada hari ini sebagai termasuk di dalam rukhsah yang dibenarkan oleh syariat Islam. Perlulah difahami bahawa rukhsah di dalam Islam adalah digantungkan di dalam perkara ketaatan kepada Allah s.w.t. semata-mata. Ia sama sekali tidak dibenarkan dalam perkara maksiat dan mungkar seperti rukhsah yang difahami oleh penulis buku tersebut kerana rukhsah seperti itu adalah rukhsah yang membuka jalan untuk melakukan perkara yang amat mungkar iaitu menolak hukum Allah Taala yang wajib dilaksanakan di dalam negara yang merupakan syarat kerjasama di antara orang-orang kafir dengan orang-orang Islam yang diletakkan oleh penjajah.
Menolak hukum Allah dan menggantikannya dengan hukum ciptaan manusia adalah perbuatan syirik yang mengeluarkan seseorang daripada Islam, firman Allah Taala di dalam Surah As-Syura ayat 21 berbunyi: "Apakah mereke mempunyai sembahan-sembahan selain Allah  yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah Taala".
Adapun tindakan 'sejarah' seperti yang dilakukan oleh kerajaan Terengganu yang membayar ufti kepada kerajaan Siam itu dari sudut hukum syaraknya bukanlah termasuk di dalam perkara taqiyyah tetapi ia adalah termasuk di dalam persoalan siasah syari’yyah . Perlulah difahami dengan baik dan perlu dibezakan kedua perkara ini dengan jelas supaya tidak dipermainkan dan seumpamanya daripada penyokong-penyokong fahaman sekular di tanah air.

Keempat: Ia adalah fahaman yang memusuhi usaha menegakkan kembali Khilafah Islamiyyah di zaman ini sebagai sebuah ikatan politik umat Islam yang berasaskan aqidah dan syariat Islam. Kewujudan sebuah negara yang seperti ini adalah bercanggah dengan fahaman nasionalisme sekular. Perlulah difahami bahawa dari sudut sejarahnya gerakan fahaman nasionalisme di barat adalah bertujuan untuk menolak pemerintahan gereja di benua Eropah dan fahaman nasionalisme ini juga kemudiannya telah digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk melahirkan penentangan bangsa Arab terhadap Khilafah Uthmaniyyah yang membawa kepada kelemahan dan kejatuhannya. Sesungguhnya menegakkan khilafah adalah wajib menurut hukum Islam. Dalam hal ini Imam Nawawi rahimahullah telah berkata di dalam syarahnya kepada Sahih Muslim dengan ucapan yang bermaksud: “Para ulamak telah ijmak di atas kewajipan muslimin melantik khalifah .”

Mengenai tugas khalifah itu pula antaranya adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Hazmin di dalam kitab Muhalla. Beliau berkata: “Hanya sanya Imam itu dilantik adalah untuk menegakkan sembahyang di kalangan manusia, memungut sedekah-sedekah mereka, melaksanakan hukum hudud mereka dan melaksanakan hukum di kalangan mereka dan berjihad melawan musuh mereka .”
Menolak Syubhat Hakikat Asobiyyah
Bagi melengkapkan perbincangan risalah ini dan bagi menambahkan faedahnya maka perlulah diberikan penjelasan mengenai hakikat asobiyyah dan hukumnya di dalam Islam. Keperluan ini timbul sebagai menolak syubahat yang telah dikemukakan oleh para pendokong fahaman nasionalisme sekular di zaman ini terhadap pengertian asobiyyah. Mereka pertamanya telah menafikan nasionalisme sebagai tergolong di dalam asobiyyah yang dimaksudkan di dalam keterangan hadith. Keduanya mereka telah menyamakan nasionalisme yang dianuti oleh kerajaan yang memerintah sebagai fahaman nasionalisme yang pernah diperjuangkan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmi. Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam di dalam sebuah hadith sahih yang bermaksud: “Bukan dari kalangan kita orang yang menyeru ke arah asobiyyah, bukan dari kalangan kita orang yang berperang di atas dasar asobiyyah dan bukan dari kalangan kita orang yang mati di atas dasar asobiyyah.”(Riwayat Muslim)

Oleh itu perlulah difahami bahawa kekeliruan ini adalah bertolak daripada tumpuan yang berlebihan kepada pengertian asobiyyah dari sudut bahasa sebaliknya melupakan pengertiannya dari sudut istilah menurut keterangan Rasulullah salallahualaihi wasalam sendiri. Perlulah difahami bahawa mengutamakan pengertian lughawi dengan mengabaikan pemahamannya menurut keterangan Al-Quran dan Sunnah atau pemahaman para salafus soleh bagi sesuatu kalimah yang terdapat di dalam nas-nas syarak adalah merupakan cara perjalanan ahlul bidaah sepanjang zaman.

Di dalam pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah pemahaman sesuatu kalimah syarak mestilah dicari terlebih dahulu di dalam penjelasan Allah Taala. dan rasulNya dan para salafus soleh. Apabila telah tidak didapati barulah pegertiannya itu disandarkan kepada perbahasan lughawi. Di dalam hal ini pengertian asobiyyah telah diterangkan oleh Rasulullah salallahualaihi wasalam sendiri di dalam hadith Baginda yang bermaksud: “Asobiyyah itu ialah kamu menolong kaummu di atas dasar kezaliman”,

Di dalam pengertian yang diberikan oleh Rasulullah salallahualaihi wasalam ini, Baginda telah mengikat pengertian asobiyyah kepada membantu di atas dasar kezaliman. Penjelasan Rasulullah salallahualaihi wasalam yang amat bijaksana ini adalah menepati dengan tabiat kesungguhan Rasulullah. Baginda telah menjelaskan pengertian asobiyyah itu dengan cara yang mendidik manusia kepada perubahan di dalam hidupnya kerana Islam tidak memandang sebarang faedah kepada perkataan yang tidak membawa kepada taat dan amal. Jawapan baginda yang bersifat tarbawi dan sentiasa mempunyai aspek amali yang mendekatkan manusia kepada Allah Taala adalah menjadi didikan-Nya kepada baginda. Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 189, berbunyi ; "Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah: “Bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadat) Haji.”

Manakala mengertikan asobiyyah dengan membahaskan maksud bahasanya adalah merupakan penyelewengan daripada pentakrifan Rasulullah salallahualaihi wasalam. dan mengandungi sejenis kegelapan dan kebodohan. Marilah kita bertanya adakah Rasulullah salallahualaihi wasalam hendak mengajarkan kepada umatnya dari hadith tersebut mengenai kabilah arab? Tidak, tetapi Rasulullah salallahualaihi wasalam ingin mengajarkan kepada umat baginda mengenai kewajipan meninggalkan kezaliman dan bahawa risalah Islam yang dibawa oleh baginda adalah memerangi kezaliman di dalam segala bentuknya, samada berbentuk fahaman, ajaran, syiar, budaya mahupun ikatan. Rasulullah salallahualaihi wasalam ingin membentuk umat Baginda sebagai umat yang bersih daripada kezaliman dan berjihad membebaskan manusia di dunia ini daripada kezaliman sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah di dalam Surah An-Nisaa’ ayat 75 yang berbunyi ; "Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah s.w.t. dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa: “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau. Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah s.w.t. dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah".

Apabila kita telah memahami bahawa asobiyyah itu ialah menolong bangsanya di atas dasar kezaliman maka pada ketika itu adalah jelas kepada kita bahawa fahaman nasionalisme sekular yang mempertahankan undang-undang sekular dan menolak undang-undang Allah Taala yang diliputi oleh keadilan dari segenap sudut dan sisinya itu adalah fahaman yang benar-benar tergolong di dalam maksud hadith tersebut. Bahkan perlulah dinyatakan bahawa kezaliman yang menjadi tabiat fahaman nasionalisme moden itu adalah beratus kali ganda daripada kezaliman yang berlaku di dalam kabilah-kabilah Arab.

Kezaliman kabilah-kabilah Arab itu adalah berlaku kerana terlalu melebihkan keturunan mereka di dalam segala perkara, manakala kezaliman nasionalisme moden adalah kerana mensyirikkan Allah Taala di dalam salah satu daripada sifat UluhiyyahNya. Firman Allah di dalam Surah Al-An’am ayat 115-116 yang berbunyi: "Telah sempurna kalimat Tuhanmu (Al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat merubah kalimat-kalimatNya dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

Firman Allah lagi di dalam Surah Al-Maidah ayat 45: "Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t., maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim".Firmah Allah Taala di dalam Surah Luqman ayat 13 yang berbunyi: "Sesungguhnya mempersekutukan (Allah s.w.t. ) adalah benar-benar kezaliman yang besar".

Seterusnya bagi menolak syubahat yang kedua kita perlulah memahami terlebih dahulu kaedah penting yang dipakai oleh para ulamak Islam bermaksud “Sesuatu hukum itu adalah digantungkan kepada kefahaman”. Memahami kaedah ini adalah amat perlu untuk melahirkan hukum yang tepat kepada mereka yang kelihatan mengamalkan sesuatu bidaah yang bercanggah dengan  syariat Islam. Ia juga adalah amat penting untuk menjadi asas bagi mengetahui fahaman sebenar ulamak-ulamak Islam yang kelihatan memakai syiar-syiar golongan kuffar. Bertolak dari kaedah inilah Al-Allamah Syeikh Said Hawwa telah berkata: ”Bahawa setiap syiar yang memalingkan manusia dari mengambil jalan Allah sebagai maksudnya dan sembahannya adalah syirik. Dengan ingatan bahawa hukum ke atas seseorang dengan kekufuran atau syirik akbar adalah memerlukan kepada fatwa yang mendalam dari ahli fatwa kerana ihtimal bahawa di sana terdapatnya niat-niat yang tersembunyi yang mungkin membawa kepada peringanan hukum ke atas pengamalnya, seumpama ia menanggung lafaz-lafaz tersebut di dalam masalah ini di atas wajah yang menepati iktiqad yang betul.”
Penutup
Di dalam arus kebangkitan Islam di alaf baru, kita sememangnya memerlukan rijal dakwah yang berkarisma dan berhikmah dalam menyampaikan mesej dakwah. Kita amat dahagakan pandangan dan ilmu yang diketengahkan oleh seorang muslim yang berani menyatakan kebenaran dan amanah dengan ilmunya. Firman Allah Taala bermaksud, "Dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela". (al-Maidah:54, al Quranul Karim)
Sesungguhnya tidak ada jalan untuk melepaskan umat Islam di zaman ini seluruhnya daripada kesesatan beramal dengan fahaman nasionalisme selain daripada berusaha mendedahkan kepada umat Islam hakikat kesesatan fahaman kebangsaan atau nasionalisme itu sebagaimana juga segala ideologi kebendaan yang lain secara menyeluruh dan merata melalui kuliah-kuliah yang disampaikan di masjid-masjid, surau-surau, pondok-pondok dan segala saluran pengajian agama di tanah air. Risalah ini hanyalah suatu pengenalan yang amat ringkas tetapi sebagai amaran yang amat keras kepada Muslimin mengenai ancaman bahaya fahaman nasionalisme kepada kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat. Semoga Allah s.w.t. menjadikan risalah ini bermanfaat kepada penulis dan sekelian Muslimin. Berkata Imam Ahmad bin Hanbal:
إذا سكت العالم تقية والجاهل يجهل فمتى يتبين الحق
[ Apabila orang alim berdiam diri dan orang jahil terus dalam kejahilannya, maka bilakah akan nyatanya kebenaran ].

DOA-DOA


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal" Surah Ali-Imran Ayat 190...

"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah sesama mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka." Surah Ali-Imran Ayat 191...

‎"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."
(Surah Ali' Imran 3 ayat 8)

KISAH SALAHUDDIN AL- AYYUBI


KISAH SALAHUDDIN AL-AYYUBI
AQIDAH ISLAM ASAS KEMENANGAN

Salahuddin Al-Ayyubi Sebagai Teladan Kemenangan dari sudut kacamata Islam bukanlah dengan terdapatnya suara majoriti yang menjadi penyokong di kalangan rakyat. Tidak juga dengan memiliki teknologi pembangunan yang pesat atau ekonomi yang kukuh mahupun kekuasaan yang padu di dalam jentera pentadbiran negara. Namun pada hakikatnya kejayaan atau kemenangan di dalam Islam ialah kemenangan aqidah Islamiyyah ke atas sistem jahiliyyah. Ia merupakan proses penukaran sistem jahiliyyah kepada sistem Islam keseluruhannya dalam melaksanakan syariat Allah sehinggalah wujud daulah Islamiyyah.

Umat Islam mencapai kegemilangannya di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. sehinggalah di zaman khulafa? ur Rashidin dan empayar-empayar Islam selepasnya. Umat Islam dahulu menang kerana mereka adalah merupakan terjemahan amali kepada agama suci ini yang bergerak di atas muka bumi. Apabila umat Islam mula engenepikan agamanya dan meninggalkan ajarannya, mereka telah diserbu oleh berbagai umat lain, mereka telah bertukar menjadi seperti buih di dalam arus. Umat Islam telah ditinggikan oleh Allah dengan Islam dan tidak akan mencapai ketinggian selain dari Islam.

Tumbangnya Empayar Othmaniyyah pada tahun 1924 membuka ruang kepada Israel menakluki bandar suci Al-Quds pada bulan Jun 1967 di mana dalam masa tidak sampai enam hari umat Islam ditewaskan. Kekalahan yang amat memalukan bagi semua umat Islam.Sehingga sekarang umat Islam masih lagi gagal membebaskan bumi Palestin dari cengkaman Zionis.

Sejarah Islam membuktikan bahawa hanya pemimpin yang kuat berpegang teguh pada agama Islam dan merupakan teladan-teladan peribadi dan beramal soleh yang mampu mencipta kejayaan dan mampu menyekat kemaraan musuh yang terdiri dari Yahudi dan Nasrani, musuh utama umat Islam. Salahuddin al-Ayyubi umpamanya seorang pemimpin yang kuat berpegang pada agamanya, berperibadi mulia dan seorang yang beramal soleh telah berjaya membebaskan al-Quds pada hari Jumaat 27 rejab 583 hijrah.

Peperangan ?Hutain? yang dipimpin oleh Salahuddin al-Ayubbi telah membuka ruang kepada pembebasan bandar al-Quds. Jumlah tentera Islam ialah 12 000 orang sementara tentera salib 50 000 orang. Jumlah tentera Islam dalam pembebasan Baitul Maqdis pula tidak sampai 12 000 orang sementara pihak tentera salib 60 000 orang. Kumpulan kecil telah menang ke atas kumpulan besar dengan izin Allah.

Sebab-sebab kemenangan di situ adalah banyak. Yang utama ialah kepimpinan Salahuddin al-Ayyubi sendiri kerana beliau mempersembahkan keseluruhan hidupnya untuk jihad di jalan Allah. Aqidah Islam telah memenuhi keseluruhan jiwanya, perasaannya bernyala-nyala dengan aqidah Islam dan tidak beriman dengan yang lain selain dari Allah. Beliau seorang yang amat toleransi, amat merendah diri, sederhana pakaian dan makanan, membelanjakan setiap sen yang sampai ke tangannya untuk jihad dan lain-lain kepentingan umat Islam, tidak memberi perhatian pada mata benda dunia sama ada harta, istana atau lain-lainnya sehinggah apabila beliau wafat tidak eninggalkan sebarang harta. Tidak ada emas atau perak di dalam simpanannya kecuali satu Dinar empat puluh tujuh Dirham sahaja.

Semasa berjihad Salahuddin al-Ayyubi selalu membawa sebuah peti tertutup yang amat dijaganya. Orang terdekat menyangka terdapat berbagai batu permata dan benda berharga tersembunyi di dalamnya. Tetapi selepas wafatnya apabila peti dibuka maka yang ditemui hanyalah sehelai surat wasiat dan kain kafan yang dibeli dari titik peluhnya sendiri dan sedikit tanah.

Apabila surat itu dibuka tertulis " Kafankanlah aku dengan kain kafan yang pernah dibasahi air zam-zam ini, yang pernah mengunjungi kaabah yang mulia dan makam Rasulullah s.a.w. Tanah ini ialah sisa-sisa masa perang, buatkanlah darinya ketulan untuk alas kepalaku di dalam kubur"

Dari tanah tersebut dapat dibuat 12 ketulan tanah yang hari ini terletak di bawah kepala Salahuddin al-Ayyubi. Setiap kali Salahuddin al-Ayyubi kembali dari berperang yang dimasuki bertujuan berjihad kepada Allah, beliau akan berusaha mengumpulkan tanah-tanah yang melekat pada muka dan pakaiannya dan meletakkannya di dalam peti rahsia itu. Beliau telah berjaya mengumpulkan tanah yang boleh dibuat 12 ketulan, kiralah berapa banyak pertempuran yang dihadapinya kerana berjihad bagi menegakkan kalimah Allah!!

Salahuddin al-Ayyubi meninggal dunia pada 7 Safar 589 hijrah, kira-kira dua tahun selepas berlakunya peperangan Hutain yang berjaya membebaskan Baitil Maqdis. Umurnya ketika itu 56 tahun --

"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan Seluruh Alam"

kepimpinan dalam islam


I. Definisi Kepimpinan

Kepimpinan merupakan satu ’seni’ yang mengarah kepada suatu proses untuk menggerakkan sekumpulan manusia menuju ke suatu tujuan yang telah ditetapkan dengan mendorong mereka bertindak dengan cara yang tidak memaksa yakni kerana mereka mahu melakukannya. Kepimpinan yang baik menggerakkan manusia ke arah jangka panjang, yang betul-betul merupakan kepentingan mereka yang terbaik. Arah tersebut boleh bersifat umum, seperti penyebaran Islam ke seluruh dunia, atau khusus seperti mengadakan conference atau persidangan mengenai isu tertentu. Walaubagaimanapun, cara dan hasilnya haruslah memenuhi kepentingan terbaik orang-orang yang terlibat dalam pengertian jangka panjang yang nyata. Kepimpinan adalah suatu peranan dan juga merupakan suatu proses untuk mempengaruhi orang lain. Pemimpin adalah anggota dari suatu perkumpulan yang diberi kedudukan tertentu dan diharapkan dapat bertindak sesuai dengan kedudukannya. Seorang pemimpin adalah juga seseorang dalam suatu kumpulan yang diharapkan menggunakan pengaruhnya dalam mewujudkan dan mencapai tujuan kelompok. Pemimpin yang jujur ialah seorang yang memimpin dan bukan seorang yang menggunakan kedudukannya untuk memimpin. Fenomena kepimpinan dapat dijelaskan melalui konsep-konsep dasar berikut:
  1. Kepimpinan adalah suatu daya yang mengalir dengan cara yang tidak diketahui antara pemimpin dengan pengikutnya, mendorong para pengikut supaya mengerahkan tenaga secara teratur menuju sasaran yang dirumuskan dan disepakati bersama. Bekerja menuju sasaran dan pencapaiannya memberikan kepuasan bagi pemimpin dan pengikutnya.
  2. Kepimpinan juga mewarnai dan diwarnai oleh media, lingkungan, pengaruh dan iklim di mana dia berfungsi. Kepimpinan tidak bekerja dalam ruangan yang hampa, tetapi suasana yang diciptakan oleh pelbagai unsur.
  3. Kepimpinan sentiasa aktif, namun boleh berubah-ubah darjatnya, kepentingannya dan keluasan tujuannya. Kepimpinan itu bersifat dinamik.
  4. Kepimpinan bekerja menurut prinsip, methodologi dan matlamat yang pasti dan tetap.




II. Kepimpinan yang Efektif

A. Apakah kepimpinan yang efektif?

Kepimpinan yang efektif ialah suatu proses untuk menciptakan wawasan, mengembangkan suatu strategi, membangun kerjasama dan mendorong tindakan. Pemimpin yang efektif:


  1. Menciptakan wawasan untuk masa depan dengan mempertimbangkan kepentingan jangka panjang kelompok yang terlibat.
  2. Mengembangkan strategi yang rasional untuk menuju ke arah wawasan tersebut.
  3. Memperoleh dukungan dari pusat kekuasaan yang bekerjasama, persetujuan, kerelaan atau kelompok kerjanya diperlukan untuk menghasilkan pergerakan itu.
  4. Memberi motivasi yang kuat kepada kelompok inti yang tindakannya merupakan penentu untuk melaksanakan strategi.
Suatu kombinasi dari proses biologi, sosial dan psikologi yang kompleks menentukan potensi kepimpinan seorang individu. Potensi ini harus dibina dengan baik supaya efektif. Bukan sesuatu yang pelik sekiranya seseorang itu memiliki sifat kepimpinan namun tidak memanfaatkannya. Dalam kehidupan manusia yang berbeza-beza, sifat ini mungkin diwujudkan dalam suatu situasi yang bervariasi dan muncul pada tahap yang berlainan. Pelaksanaan kepimpinan dipengaruhi oleh lingkungan dan peluang serta keadaan yang terbatas.

B. Pemimpin, Pengurus dan Pengikut

Pemimpin mengendalikan bawahannya untuk mencapai tujuan dengan motivasi dan teladan peribadi. Pengurus memperoleh tingkah laku yang diinginkan dengan menggunakan kedudukan rasmi mereka yang lebih tinggi dalam struktur organisasi. Pemimpin yang baik menyedari bahawa mereka juga harus menjadi pengikut yang baik. Boleh dikatakan, pemimpin juga harus melapor kepada seseorang atau kelompok. Oleh sebab itu mereka juga harus mampu menjadi pengikut yang baik. Pengikut yang baik harus menghindari persaingan dengan pemimpin, bertindak dengan setia dan memahami serta menunjung baik idea, nilai dan tingkah laku pemimpin secara konstruktif. Pengikut atau pemimpin terikat dalam suatu hubungan yang terarah. Oleh itu, pemimpin harus sentiasa memberi perhatian pada kesejahteraan anak buahnya. Pengikut pula harus mendukung pemimpin selagi pemimpin berada di landasan yang benar dan lurus.


III. Ciri-Ciri Pemimpin Islam

Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa pemimpin suatu kelompok adalah pelayan kelompok tersebut. Oleh kerana itu, pemimpin hendaklah melayani dan menolong orang lain untuk maju. Beberapa ciri penting yang menggambarkan kepimpinan Islam adalah seperti berikut:
  1. Setia Pemimpin dan orang yang dipimpin terikat kesetiaan kepada Allah.
  2. Tujuan Pemimpin melihat tujuan organisasi bukan saja berdasarkan kepentingan kelompok tetapi juga dalam ruang lingkup tujuan Islam yang lebih luas.
  3. Berpegang pada Syariat dan Akhlak Islam. Pemimpin terikat dengan peraturan Islam, boleh menjadi pemimpin selama ia berpegang pada perintah syariat. Ketika mengendalikan urusannya ia harus patuh kepada adab-adab Islam, khususnya ketika berurusan dengan golongan oposisi atau orang-orang yang tidak sehaluan dengannya.
  4. Pembawa Amanah. Pemimpin menerima kekuasaan sebagai amanah dari Allah yang disertai dengan tanggungjawab yang besar. Al-Qur’an memerintahkan pemimpin melaksanakan tugasnya untuk Allah dan menunjukkan sikap baik kepada pengikutnya sebagaimana Firman Allah SWT: 
“iaitu orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka, nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma’ruf dan mencegah perbuatan yang mungkar, dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.” (Surah Al-Hajj, ayat 41).




IV. Prinsip-prinsip Dasar Pelaksanaan

Kepimpinan Islam ada tiga prinsip dasar yang mengatur pelaksanaan kepemimpinan Islam: Syura dan Musyawarah, Keadilan, serta Kebebasan Berfikir dan Memberi Pendapat.

A. Syura dan Musyawarah

Musyawarah adalah prinsip pertama dalam kepemimpinan Islam. Al-Qur’an menyatakan dengan jelas bahwa pemimpin Islam wajib mengadakan musyawarah dengan orang yang mempunyai pengetahuan atau dengan orang yang dapat memberikan pandangan yang baik.
“Dan orang-orang yang menerima seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedangkan urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian rezeki yang kami berikan kepadanya”. (Surah Asy-Syura, ayat 38).

Rasulullah SAW juga diperintahkan oleh Allah supaya melakukan musyawarah dengan sahabat-sahabat beliau:
“Maka rahmat Allah-lah yang telah menyebabkan kamu berlemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Oleh kerana itu maafkanlah mereka, mohonlah ampunan bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan tersebut. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepadaNya” (Surah ‘Ali Imran, ayat 159).

Pelaksanaan musyawarah memungkinkan anggota organisasi Islam turut serta dalam proses membuat keputusan. Pada saat yang sama musyawarah berfungsi sebagai tempat mengawasi tingkah laku pemimpin jika menyimpang dari tujuan umum kelompok. Tentu saja pemimpin tidak wajib melakukan musyawarah dalam setiap masalah. Masalah rutin hendaknya diselesaikan dengan pendekatan berbeza dengan masalah yang berkaitan perbuatan kebijaksanaan. Apa yang rutin dan apa yang tidak harus diputuskan dan dirumuskan oleh setiap kelompok berdasarkan dan bersesuaian dengan ukuran, keperluan, sumber daya manusia, suasana dan lingkungan yang ada. Apa yang pasti, pemimpin harus mengikuti dan melaksanakan keputusan yang telah diputuskan dalam musyawarah. Dia harus menghindari dirinya dari memanipulasi bermain kata-kata untuk menonjolkan pendapatnya atau mengungguli keputusan yang dibuat dalam musyawarah. Secara umum petunjuk berikut dapat membantu untuk menjelaskan ruang lingkup musyawarah:
  1. Urusan-urusan pentadbiran dan eksekutif diserahkan kepada pemimpin.
  2. Persoalan yang memerlukan keputusan segera harus ditangani pemimpin dan dibentangkan kepada kelompok untuk ditinjau dalam pertemuan berikutnya atau langsung melalui telefon.
  3. Anggota kelompok atau wakil mereka harus mampu membuat pemeriksaan semula dan menanyakan tindakan pemimpin secara bebas tanpa rasa segan dan malu.
  4. Kebijaksanaan yang harus diambil, sasaran jangka panjang yang direncanakan dan keputusan penting yang harus diambil para wakil terpilih diputuskan dengan cara musyawarah. Masalah ini tidak boleh diputuskan oleh pemimpin seorang diri.
B. Keadilan dan Pemimpin yang Adil

Pemimpin seharusnya memperlakukan manusia secara adil dan tidak berat sebelah tanpa mengira suku bangsa, warna kulit, keturunan dan lain-lain. Al-Qur’an memerintahkan agar kaum Muslimin berlaku adil bahkan ketika berurusan dengan para penentang mereka.
“Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu berlaku adil.” (Surah An-Nisa’, ayat 58).

“Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil lebih dekat kepada taqwa.” (Surah Al-Ma’idah, ayat 8.)

“Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah walaupun terhadap dirimu sendiri, ibu-bapa, dan kaum kerabatmu, sama ada ia kaya atau miskin, kerana Allah akan melindungi.” (Surah An-Nisa’, ayat 135).

Selain memenuhi prinsip keadilan yang menjadi asas tertegaknya masyarakat Islam, pemimpin organisasi Islam juga mesti mendirikan badan peradilan internal atau lembaga hukum untuk menyelesaikan pelbagai perbezaan atau pengaduan dalam kelompok itu. Anggota-anggota lembaga tersebut harus dipilih dari orang-orang yang berpengetahuan, arif dan bijaksana.

C. Kebebasan Berfikir dan Memberi Pendapat

Pemimpin Islam hendaklah memberikan ruang dan mengundang anggota kelompok untuk mengemukakan kritikannya secara konstruktif. Mereka dapat mengeluarkan pandangan atau masalah-masalah mereka dengan bebas, serta mendapat jawapan dari segala persoalan yang mereka ajukan. Al-Khulafa’ al-Rasyidin memandang persoalan ini sebagai unsur penting bagi kepimpinan mereka. Ketika seorang wanita tua berdiri untuk memperbetul Saidina Umar ibn al-Khattab sewaktu beliau berpidato di sebuah masjid, beliau dengan rela mengakui kesalahannya dan bersyukur kepada Allah SWT, kerana masih ada orang yang mahu membetulkan kesalahannya. Pada suatu hari Saidina Umar pernah pula bertanya kepada umat Islam mengenai apa yang dilakukan oleh mereka jika beliau melanggar prinsip-prinsip Islam. Seorang lelaki menyebut bahawa mereka akan meluruskan dengan sebilah pedang. Lantar Saidina Umar bersyukur kepada Allah kerana masih ada orang di dalam lingkungan umat yang akan memperbetulkan kesalahannya. Pemimpin hendaklah berjuang menciptakan suasana kebebasan berfikir dan pertukaran gagasan yang sihat dan bebas, saling kritik dan saling menasihati antara satu sama lain, sehingga para pengikutnya merasa senang membincangkan masalah atau persoalan yang menjadi kepentingan bersama. Seorang Muslim disarankan memberi nasihat yang ikhlas apabila diperlukan. Tamim bin Aws meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Agama adalah nasihat”, Kami berkata: “Kepada siapa?” Beliau menjawab: “Kepada Allah, Kitab-kitab-Nya, Rasul- Nya, pemimpin umat Islam dan kepada masyarakat kamu seluruhnya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim).

Secara ringkas kepimpinan Islam bukanlah kepimpinan tirani dan tanpa koordinasi. Pemimpin Islam, setelah mendasari dirinya dengan prinsip-prinsip Islam, bermusyawarah dengan sahabat-sahabat secara objektif dan dengan penuh rasa hormat, maka selepas itu menjadi tanggungjawabnya untuk membuat keputusan dan tindakan dengan seadil-adilnya. Perlu difahami dan dingatkan bahawa pemimpin bertanggungjawab bukan hanya kepada para pengikutnya malah apa yang lebih penting ialah dia bertanggungjawab kepada Allah SWT di Akhirat nanti! Sebagai kesimpulannya, di dalam pencarian model pemimpin dan kepimpinan Islam, empat elemen iaitu intelek, rohani, jasmani dan emosi hendaklah diperkukuhkan dan dimantapkan. Keempat-empat elemen ini perlu saling lengkap-melengkapi di dalam pembentukan karakter dan jati diri pemimpin yang unggul. Pastinya ilmu, iman, berhemah tinggi dan hikmah merupakan transformer penganjak yang mesti diaktifkan dan dipastikan terus mengaliri urat nadi kepimpinan umat masa kini dan generasi harapan pimpinan masa depan secara keseluruhannya. Ingatlah bahawa sesungguhnya generasi hari ini penentu kemandirian generasi mendatang. Kitalah rijal dan nisa’ penentu serta pembina hala tuju untuk masa depan agama, bangsa dan negara yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang! Wallahu a’la wa a’lam.

siapakah yng lebih kuat sebenarnya


Siapakah Yang Lebih Kuat Sebenarnya?

Salam...

Sabda Rasulullah s.a.w.;

"Sesungguhnya, marah itu dari syaitan, sedang syaitan dijadikan dari api dan yang dapat memadamkan api adalah air. Apabila seseorang itu sedang marah maka hendaklah ia segerakan berwudhu'".

[Hadis Riwayat: Ahmad & Abu Daud]

Hadis Abu Hurairah r.a:

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

"Kekuatan itu tidak dibuktikan dengan kemenangan bertumbuk. Tetapi orang yang kuat ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika sedang marah"

Friday, 12 August 2011

PRK SELEPAS PRU12



Dewan Rakyat: Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, 2008
PartiCalonUndi%±%
Barisan NasionalUMNO (Malaysia).svg BN-UMNOArif Shah Omar Shah15,52428%-
Parti KeADILan Rakyat PR-PKRAnwar Ibrahim31,19571%-
Angkatan Keadilan Insan Malaysia AKIMHanafi Mamat920.1%-
Majoriti15 67166%-
Peratusan mengundi47 41081.1%



Dewan Rakyat: Pilihan raya kecil Kuala Terengganu, 2009
PartiCalonUndi%±%
Barisan NasionalUMNO (Malaysia).svgBN-UMNODatuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh30,552-
PAS PR-PASMohd Abdul Wahid Endut32,883-
Bebas BebasAzharudin Mamat @ Adam193-
Majoriti2,631-
Peratusan mengundi79.9 %-



Dewan Rakyat: Pilihan raya kecil Bukit Gantang, 2009
PartiCalonUndi%±%
PAS PR-PASDatuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin21,860-
Barisan Nasional BN-UMNOIsmail Safian19,071-
Bebas BEBASKamarul Ramizu Idris62-
undi rosak456-
Majoriti2,789-
Peratusan mengundi41,44975.10-



Dewan Rakyat Malaysia: Pilihan raya kecil Hulu Selangor 2010
PartiCalonUndi%±%
Barisan Nasional BN-MICP. Kamalanathan24,997-
PKR PR-PKRMohd Zaid Ibrahim23,272-
undi rosak731-
Majoriti1,725-
Peratusan mengundi48,93575.87-
Dewan Rakyat Malaysia: Pilihan raya kecil Sibu 2010
PartiCalonUndi%±%
DAP-100px.jpg PR-DAPWong Ho Leng18,845-
BN-100px.jpg BN-SUPPRobert Lau Hui Yew18,447-
BEBASNarawi Haron232-
undi rosak395-
Majoriti398-
Peratusan mengundi37,91969.33-







Dewan Rakyat Malaysia: Pilihan raya kecil Batu Sapi 2010
PartiCalonUndi%±%
PKRAnsari Abdullah341422%-
BNLinda Tsen Tau Lin977364%-
SAPPYong Teck Lee203113%-
undi rosak-
Majoriti6359-
Peratusan mengundi61.47%
Dewan Undangan Negeri: Pilihan raya kecil Bukit Selambau, 2009
PartiCalonUndi%±%
PKR PR-PKRS. Manikumar12,632-
Barisan Nasional BN-MICDatuk S. Ganesan10,828-
Bebas BEBASMejar (B) Anuar Abd. Hamid528-
Bebas BEBASHusaini Yaakob257-
Bebas BEBASMohd. Fazil Abd. Wahab83-
Bebas BEBASTan Hock Huat78-
Bebas BEBAST. Chandrarajan73-
Bebas BEBASAbdul Rahim Abu60-
Bebas BEBASL. Sarala49-
Bebas BEBASS. Moganakumar46-
Bebas BEBASA. Jayagopal35-
Bebas BEBASM. Venason32-
Bebas BEBASR. Loganathan31-
Bebas BEBASKhamis Awang29-
Bebas BEBASRadzi Md. Lazim25-
undi rosak415-
Majoriti2,403-
Peratusan mengundi24,68770.28-
Dewan Undangan Negeri: Pilihan raya kecil Batang Ai, 2009
PartiCalonUndi%±%
Barisan NasionalPrs.jpg BN-PRSMalcom Mussen Lamoh3,907-
Parti KeADILan Rakyat PKRJawah Gerang2,053-
undi rosak59-
Majoriti1,854-
Peratusan mengundi6,01975.32-
Dewan Undangan Negeri: Pilihan raya kecil Penanti, 2009
PartiCalonUndi%±%
Parti KeADILan Rakyat (PKR)Mansor Othman6,05285.2%-
Bebas BebasAminah Abdullah3925.5%-
Bebas BebasNai-Khan Ari4946.9%-
Bebas BebasKamarul Ramizu Idris560.7%-
undi rosak1071.5%-
Majoriti5,558-
Peratusan mengundi7,10046.15%-
Dewan Undangan Negeri: Pilihan raya kecil Manek Urai 2009
PartiCalonUndi%±%
PAS PR-PASMohd Fauzi Abdullah5,34850.3%-
Barisan NasionalUMNO (Malaysia).svg BN-UMNOTuan Aziz Tuan Mat5,28349.6%-
undi rosak1170.1%-
Majoriti650.61%-
Peratusan mengundi10,63187%-

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir 2009
PartiCalonUndi%±%
PR - PASPAS logo.svgMohd Salleh Man9,61864.8%-
BN - UMNOBN-100px.jpgUMNO (Malaysia).svgRohaizat Othman5,06734.1%-
Majoriti4,55130.6%-
Peratusan mengundi14,83273.1%

Pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang 2009
PartiCalonUndi%±%
PR - PAS PAS logo.svgZulkefly Mohamad Omar2,57818.87%-11.12
BN - UMNO BN-100px.jpg UMNO (Malaysia).svgMohd Isa Abdul Samad8,01358.64%+11.58%
Majoriti5,43539.78%+2.70%
Peratusan mengundi10,59182.00%+0.82%



Pilihan raya kecil DUN Galas 2010
PartiCalonUndi%±%
PR - PAS PAS logo.svgDr. Zulkefli Mohamed4,134
BN - UMNO BN-100px.jpg UMNO (Malaysia).svgAbdul Aziz Yusoff5,324
Majoriti1,190
Peratusan mengundi9,55583%
Pilihan raya kecil DUN Tenang 2011
PartiCalonUndi%±%
PR - PAS PAS logo.svgNormala Sudirman299236.6
BN - UMNO BN-100px.jpg UMNO (Malaysia).svgMohd Azahar Ibrahim669968.1
Majoriti3707
Peratusan mengundi983367
Pilihan raya kecil DUN Merlimau 2011
PartiCalonUndi%±%
PR - PAS PAS logo.svgYuhaizad Abdullah2,319
BN - UMNO BN-100px.jpg UMNO (Malaysia).svgRoslan Ahmad5,962
Majoriti3,643
Peratusan mengundi8,43578.98

Pilihan raya kecil DUN Kerdau 2011
PartiCalonUndi%±%
PR - PAS PAS logo.svgHasanudin Salim2,336
BN - UMNO BN-100px.jpg UMNO (Malaysia).svgSyed Ibrahim Syed Ahmad5,060
Majoriti2,724
Peratusan mengundi7,48083